Friday, 8 February 2013

Pemasaran Berbayar

Seperti kita sedia maklum kualiti sesuatu benda antara yang berbayar dan benda yang tidak berbayar peratus ketinggian kualitinya dimenangi oleh berbayar.Konsep ini juga sama dengan pemasaran atau pengiklanan berbayar dan percuma.Sudah tentu pemasaran berbayar lebih berkesan dan pantas,namun pemasaran percuma juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Kedua-dua pemasaran berbayar dan percuma mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing.Baik,entri kali ini bukanlah untuk berbincang mengenai kelebihan dan keburukan kedua-dua pemasaran tersebut.Entri kali ini akan mengupas sedikit sebanyak tentang pemasaran berbayar.

Bermula....

Baik,untuk mendapat trafik yang tingggi semestinya anda perlu mempunyai produk yang hot yang mempunyai permintaan tinggi dipasaran.Kebiasaaannya produk hot ini berkaitan dengan wanita seperti tudung,baju muslimah,losyen,pencuci muka,formula turun berat badan dan banyak lagi.Kenapa saya kata wanita?Kerana kajian mendapati wanita paling banyak berbelanja tidak kira online atau offline.Anda boleh search di google tentang produk hot terkini.

Cara Pemasaran


Berita Online

Semua orang tahu,laman web berita online seperti berita harian dan utusan mempunyai beribu-ribu trafik setiap hari.Jadi apa yang perlu anda buat adalah dengan menyewa ruang pengiklanan di web tersebut.Bayangkan jika anda menyewa ruang pengiklanan tersebut selama sebulan,beribu-ribu malah puluhan ribu orang bakal melihat iklan anda setiap hari.Tambahan pula harga untuk menyewa ruang pengiklanan di web online lebih murah berbanding iklan disurat khabar.


Solo Ads

Teknik ini adalah paling ramai pakar-pakar IM gemari kerana keberkesanan serta kepantasannya yang luar biasa.Iklan cara ini adalah ibarat anda 'meminjam' beribu-ribu database prospek dari pakar IM yang sudah lama mengumpul email prospek serta menghabiskan ribuan ringgit untuk ini.

Anda hanya perlu menyiapkan email yang power dan memikat untuk dihantar kepada prospek-prospek tersebut.Untuk memberi lebih berkesan promosi jualan anda,saya tekankan disini cantikkan squeeze page anda sampai boleh memukau prospek dan juga produk anda mestilah mempunyai permintaan.

Jadi anda boleh hubungi mereka yang menawarkan servis pengiklanan ini.Tapi ingat,harganya agak tinggi tetapi jangan risau kerana pengiklanan ini sangat berbaloi.


Blog Dan Forum

Di forum anda boleh menyewa ruang pengiklanan seperti banner.Sebelum anda menyewa di mana-mana blog ataupun forum pastikan anda mencari bog atau forum yang mempunyai trafik yang tinggi serta berkaitan dengan produk yang anda ingin promosi.

Di blog terdapat beberapa  jenis pengiklanan yang anda boleh gunakan:

1.Banner

2.Advertorial

3.Teks



Fb ads

Teknik ini sedang hot digunakan oleh semua penjual sama ada online atau offline untuk memasarkan produk mereka.Ini kerana jenis iklan ini dituju terus kepada pelanggan yang kita target seperti umur,minat dan tempat tinggal.

Jika anda mahir menggunakan teknik ini,ia sangat murah dan memberi keuntungan yang sangat lumayan.Mungkin ia susah jika anda tidak ketahui caranya,so apa yang perlu anda buat ialah mempelajarinya dari mereka yang telah berjaya seperti Tuan Jamal dan Ammar  Zahar.

Iklan ini boleh set up pada facebook anda di create ad.



Majalah Online

Majalah online bagi satu-satu syarikat sememangnya mempunyai pelanggan setia mereka sendiri.Pelanggan setia mereka ini biasanya memang bersedia untuk membeli produk yang di iklankan dalam majalah tersebut.Ini kerana pembaca majalah ini adalah pembaca yabg aktif dengan kata lain pelanggan yang berkualiti.

Seperti strategi yang saya sudah tunjukkan sebelum ini,anda perlu menyewa ruang pengiklanan dalam majalah tersebut.Tulisan dalam majalah tersebut anda boleh besarkan berbanding pengiklanan jenis banner.

Majalah jootawan ada menawarkan servis ini.

Banyak lagi pemasaran yang boleh anda gunakan,tapi saya yakin jika anda menguasai 5 cara pemasaran yang saya tunjukkan,anda pasti dapat meningkatkan jualan anda 100%.

Semoga kita berjaya dunia dan akhirat.