Sunday 27 January 2013

Apa itu Produk Informasi?

"Definisi atau maksud tentang produk informasi yang akan saya terangkan adalah menjadi jawapan kepada persoalan mengapa produk informasi ini mempunyai demand atau permintaan yang tinggi.Lakunya sesebuah produk adalah kerana mempunyai demand yang tinggi di pasaran."

Produk Informasi


Produk informasi boleh diklasifikasikan sebagai produk yang mempunyai maklumat yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai atau pelanggan.Malah kelebihan produk ini dapat memberi tambah nilai kepada diri,keluarga atau syarikat pelanggan kita.

Produk jenis ini dapat membantu orang ramai untuk menyelesaikan masalah mereka dalam mengubah hidup,persepsi serta kesedaran masalah yang dihadapi.


Pelbagai jenis  dan bentuk produk informasi yang boleh didapati.Antaranya:

->Ebook
->Buku
->Video
->Audio

dan banyak lagi jenis-jenis yang lain.





Contohnya  Buku Empayar Perniagaan Internet yang ditulis sendiri oleh Tuan Ammar Zahar.

Buku ini akan membongkarkan bagaimana anda boleh bermula dalam perniagaan internet bermula dari kosong berdasarkan pengalaman beliau selama 7 tahun dalam dunia bisnes internet.

Buku ini mempunyai permintaan yang tinggi kerana mempunyai maklumat yang dapat membantu usahawan internet untuk membina empayar perniagaan mereka.Dari zero ke hero anda akan didedahkan segala rahsia beliau selama 7 tahun.

Sebab itu,sebarang masalah orang ramai boleh dijadikan duit dengan memberi penyelesaian.Lagi pantas jalan penyelesaian dalam produk anda semakin mahal harganya.Hobi juga boleh dibuat seperti itu.Jadi tak perlu fikir yang hebat-hebat  untuk mencipta produk anda.

No comments:

Post a Comment