Sunday, 27 January 2013

Bagaimana Mencari Idea Untuk mencipta Produk Informasi

Untuk membuat sebuah produk informasi bukanlah senang sebagaimana yang dianggap sesetengah pihak.Untuk membuat produk jenis ini memerlukan usaha anda untuk membuat kajian secara terperinci berkaitan masalah orang ramai atau niche  yang hot.Seperti yang di bincangkan pada post yang lepas.


Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mencari idea bagi mencipta produk informasi ialah:



  • Membuat kajian dan pemerhatian tentang masalah yang dihadapi orang  ramai pada masa itu.Ia boleh dilakukan dengan melihat masalah rakan-rakan di wall FB mereka,di group serta forum.
  • Melanggan newsletter dari usahawan yang tersohor dan berpengalaman.Contohnya Ammar Zahar,Raja Kamil,Eruwan Gerry Norsen,Zamri Nanyan dan ramai lagi.Anda boleh search google "otai usahawan internet".Idea serta perkongsian dari mereka ini sangat berharga.
  • Membuat survey tentang minat dan kesukaan orang ramai.Biasanya anda boleh mengikut musim trend masa itu.Contohnya pada musim bola seperti Euro atau Fifa,orang ramai mencari baju jersi pasukan kesayangan mereka.Anda boleh ambil peluang ini untuk menjual jersi.
  • Kadangkala bakat terpendam anda sendiri juga menjadi permintaan orang lain.Jadi buat checklist tentang bakat anda kemudian buat kajian ada tak orang memerlukan servis atau bakat anda.
  • Cuba cari jalan pintas atau idea kepada pekerjaan orang lain.Walaupun orang lain tak ada masalah tapi mereka lebih suka membuat sesuatu kerja menggunakan jalan pintas.Anda boleh mencipta satu formula jalan pintas dan pantas serta berkesan untuk membantu orang seperti itu.






Kesimpulannya, untuk menjadi orang yang hendak berjaya anda perlu berusaha lebih.Lagi banyak anda berusaha makin tinggi peratus untuk anda berjaya.Lakukan step yang dikongsikan diatas dan ulangnya selalu.Kejayaan seseorang terletak pada fikiran dan idea,anda mesti konsisten berfikir dengan cara yang kreatif.Jangan sesekali hadkan pemikiran anda.

P/s:Cara yang terbaik unutk mengetahui 101 idea oerniagaan internet adalah dapatkan DISINI.

No comments:

Post a Comment