Sunday 27 January 2013

Teknik Pemasaran Percuma

Apabila disebut percuma memang ramai yang sukakannya termasuk saya.hehe..Jadi kali ni nak berkongsi sedikit cara promosi secara percuma.Teknik ini ada baik dan buruknya kerana beralasankan percuma.Dalam memasarkan produk informasi,anda boleh gunakan teknik ini.


Baiklah,pelbagai teknik pemasaran percuma yang anda boleh lakukan untuk website jualan ayau sebagainya.


Facebook                                                       

Di facebook terdapat banyak alat-alat yang anda boleh gunakan secara percuma.Bahkan mendaftar akaun facebook pun percuma.

Antara alat-alat yang anda boleh gunakan adalah:

-Fanpage
-Facebook profile anda sendiri                                                                    
-Group

Produk PakarFB ini boleh membantu anda dalam pemasaran facebook.



Blog                                        

Blog adalah teknik pemasaran yang memberi kesan pada jangka masa yang lama kerana ramai orang mencari maklumat setiap hari melalui blog.Jadi gunakan blog anda sebaiknya.

Antara cara dengan blog adalah:

-Artikel anda perlu berkualiti dengan kata lain yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
-Tulisan anda jangan ada shortform kerana ini menunjukkan anda tidak profesional
-Gunakan cara backlink
-Review produk
-Post anda dalam blog mestilah menarik kalau boleh biar ada gambar
-Banner

Forum

Di forum banyak kelebihan yang anda dapat kerana biasanya anda tidak perlu bersusah-payah mencari prospek.

Kenapa?

Prospek sudah berada depan 'mata' anda didalam forum.Hanya anda perlu menjalin hubungan yang baik dengan memberi tip-tip yang menarik kepada mereka dan lakukan promosi dengan berkala.

Dalam pemasaran  forum anda boleh gunakan:

-Signature
-Thread


Pemasaran Artikel

Dalam artikel anda,mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

-Tips yang menarik
-Ayat yang tidak susah untuk difahami
-Perenggan mestilah pendek antara 2-4 baris
-Ringkas
-Padat

Dengan pemasaran artikel,anda boleh membuat review sesuatu produk dan masukkan link affiliate anda.


Setakat ini dahulu perkongsian saya,semoga dapat membantu anda.

P/s:Insyaallah saya akan terangkan kelebihan dan kekurangan setiap teknik pada post yang lain.

No comments:

Post a Comment